Y. Bhg Datuk/Dato'/Datin/Tuan/Puan,

 

Dengan segala hormatnya merujuk perkara di atas  adalah berkaitan.

 

2. Bersama ini disertakan makluman berkaitan JANM tidak pernah mengeluarkan kenyataan berkaitan masalah server 1GFMAS dan sebarang pengumuman berkaitan 1GFMAS hanya akan dibuat menerusi Portal Rasmi JANM. Sebagai makluman juga, pihak JANM akan sentiasa memastikan sistem 1GFMAS sentiasa berada dalam tahap optimum untuk beroperasi.

 

3. Sehubungan itu, Y. Bhg Datuk/Dato'/Datin/Tuan/Puan dimohon untuk tidak berkongsi atau menyebarkan apa-apa berita atau maklumat yang tidak sahih di Group Whatsapp mahupun di media sosial bagi mengelakkan sebarang kejadian panik berlaku.

"Tak Pasti, Jangan Kongsi"

 

penafian kenyataan

image