Semua Akauntan

Bahagian/ Negeri/ Cawangan

Jabatan Akauntan Negara Malaysia

Kementerian/ Jabatan/ Agensi/ Badan Berkanun

 

YBhg. Datuk/ Dato’/ Tuan/ Puan,

 

Sukacita dimaklumkan bahawa Jabatan Perkhidmatan Awam telah menawarkan kemudahan penajaan untuk pegawai-pegawai Kumpulan Pengurusan dan Profesional bagi mengikuti pengajian di peringkat Sarjana (dalam negara sahaja) dan Kedoktoran (Ph.D)(dalam dan luar negara) secara sepenuh masa sesi 2019.

 

Warga JANM dan Akauntan Lantikan Jabatan Akauntan Negara Malaysia (JANM) yang berkelayakan adalah dipelawa memohon kemudahan ini. Semua Akauntan lantikan (JANM) yang memohon akan disaring oleh Panel Pembangunan Sumber Manusia (PPSM) JANM, selaku Ketua Perkhidmatan. Semua permohonan yang lengkap hendaklah dibuat dalam 3 salinan untuk borang permohonan dan 5 salinan kertas penyelidikan dan perlu dikemukakan kepada Unit Pembangunan Kerjaya dan Kompetensi, BPPP, JANM sebelum atau pada 6 Ogos 2018 (Isnin). Calon/pemohon akan dipanggil temuduga dalam tempoh terdekat sebelum diperakui ke JPA. Sebarang pertanyaan boleh menghubungi pegawai seperti berikut:

 

Puan Fauziah binti Abdullah Tel: 03-8882 1188 /
Emel: Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.

Cik Ain Nadhirah binti Jamal Afandi Tel: 03-8882 1030 /
Emel: Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.

 

Sila klik disini untuk maklumat lanjut.

atau

 

Sila layari laman web JPA http://esilav2.jpa.gov.my bagi pendaftaran online, muat turun surat edaran, borang permohonan serta panduan dan syarat permohonan.

 

Sekian, terima kasih.

image