YBhg. Datuk/Dato’/Tuan/Puan,

Dengan segala hormatnya kami diarah merujuk kepada perkara di atas.

 

Sukacita kami menarik perhatian YBhg. Datuk/Dato’/Tuan/Puan, dimaklumkan Bahagian Pengurusan Teknologi Maklumat (BPTM), Jabatan Akauntan Negara Malaysia (JANM) sedang menjalankan Soal Selidik Kepuasan Pelanggan iGFMAS dan e-Penyata Gaji & Laporan bagi tahun 2018. Hasil kajian akan digunakan untuk menambahbaik sistem dan khidmat sokongan kepada pelanggan pada masa hadapan.

Sehubungan itu, mohon kerjasama YBhg. Datuk/Dato’/Tuan/Puan untuk memaklumkan kepada pegawai-pegawai di Bahagian/Pejabat masing-masing untuk meluangkan sedikit masa bagi melengkapkan soal selidik yang mana berkaitan mulai 08 Oktober 2018 hingga 26 Oktober 2018. Soal selidik ini boleh dicapai melalui :

 

i) Laman web JANM di www.anm.gov.my

> Utama > Berita / Pengumuman dan pilih Soal Selidik Kajian Kepuasan Pelanggan iGFMAS dan e-Penyata Gaji & Laporan 2018.

 

ii) Melalui pautan:

https://www2.anm.gov.my/soalselidik/Site%20Pages/soalselidik_bptm2018.aspx untuk pengguna luar JANM;

 

atau

 

https://www2.anm.gov.my:8080/soalselidik/Site%20Pages/soalselidik_bptm2018.aspx   untuk pengguna JANM.

 

Sebarang pertanyaan lanjut boleh diajukan kepada :

 

i) Penyelia Soal Selidik Kepuasan Pelanggan iGFMAS

No. Telefon : 03-8882 1125/1313/1449

Emel : Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.


ii) Penyelia Soal Selidik Kepuasan Pelanggan e-Penyata Gaji & Laporan

No. Telefon : 03-8882 1357/1887/1335/1382

Emel : Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.

 

Kerjasama dan perhatian YBhg. Datuk/Dato’/Tuan/Puan diucapkan ribuan terima kasih.

Sekian.

image