Ikuti Kami: | ![]() ![]() ![]() |
Pilihan Bahasa: | Lain-lain bahasa | ![]() |
Bantuan Pengguna |
Semua Akauntan
Bahagian/ Negeri/ Cawangan
Jabatan Akauntan Negara Malaysia
Kementerian/ Jabatan/ Agensi/ Badan Berkanun
YBhg. Datuk/ Dato’/ Tuan/ Puan,
PELAWAAN KEMUDAHAN HADIAH LATIHAN PERSEKUTUAN SEPARA BIASISWA SESI 2018/2019 UNTUK PEGAWAI PENGURUSAN DAN PROFESIONAL BAGI MENGIKUTI PENGAJIAN DI PERINGKAT SARJANA DAN KEDOKTORAN (Ph.D) SEPARUH MASA
Sukacita dimaklumkan bahawa Jabatan Perkhidmatan Awam telah mempelawa YBhg. Datuk/Dato’/Datin/Tuan/Puan untuk mengemukakan pencalonan daripada kalangan pegawai Pengurusan dan Profesional yang bekelayakan untuk memohon kemudahan penajaan Hadiah Latihan Persekutuan Separa Biasiswa Sesi 2018/2019.
Warga JANM dan Akauntan Lantikan Jabatan Akauntan Negara Malaysia (JANM) yang berkelayakan adalah dipelawa untuk memohon. Semua permohonan akan disaring oleh Panel Pembangunan Sumber Manusia (PPSM) JANM selaku Ketua Perkhidmatan. Semua permohonan yang lengkap hendaklah dibuat dalam 2 salinan dan perlu dikemukakan kepada Unit Pembangunan Kerjaya dan Kompetensi, BPPP, JANM sebelum atau pada 5 November 2018 (Isnin). Sebarang pertanyaan sila hubungi pegawai seperti berikut:
Puan Fauziah bint iAbdullah Tel: 03-88821188/emel: Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.
Cik Ain Nadhirah binti Jamal Afandi Tel: 03-8882 1030 /emel: Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.
Sila layari laman web JPA http://esilav2.jpa.gov.my bagi memuat turun surat edaran, borang permohonan serta panduan dan syarat permohonan.
Sila klik disini untuk surat edaran
Sekian, terima kasih.
Statistik Pelawat: 9576138 |
Tarikh Kemaskini: 24/02/2019 |