Assalamualaikum WBT dan Salam Sejahtera, YBhg. Datuk/ Dato'/Tuan/Puan,

 

Pelawaan Kemudahan Biasiswa Tajaan Badan Asing Tahun 2019 JICA Knowledge Co-Creation Program For Long Term Participant-SDGS Global Leadership Program (FY 2019)

 

Sukacita dimaklumkan bahawa Jabatan Perkhidmatan Awam telah mempelawa pegawai Kumpulan Pengurusan dan Profesional Jabatan Akauntan Negara Malaysia yang berkelayakan untuk memohon biasiswa tersebut. Sehubungan itu, Tuan/ Puan yang berkelayakan adalah dipelawa untuk membuat permohonan. Semua permohonan akan disaring oleh Panel Pembangunan Sumber Manusia (Latihan) JANM. Permohonan yang lengkap hendaklah dibuat dalam 2 salinan dan dikemukakan kepada Unit Pembangunan Kerjaya dan Kompetensi, BPPP, JANM sebelum atau pada 7 Januari 2019 (Isnin). Sebarang pertanyaan sila hubungi pegawai berikut:

 

Puan Fauziah Binti Abdullah di talian 03-88821188/Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.

 

Cik Ain Nadhirah binti Jamal Afandi – 03-88821030/Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.

 

Sila klik

 

Surat Tawaran dan Syarat permohonan

 

Sila layari laman web JPA http://esilav2.jpa.gov.my/ bagi pendaftaran online

image