Bagi melancarkan proses pembayaran gaji melalui 1GFMAS HCM, PTJ perlu memastikan perkara-perkara seperti berikut dipatuhi:

 

1. Memastikan akaun bank penerima gaji sentiasa aktif supaya tidak berlaku rejection bayaran gaji dari pihak bank;

 

2. Penerima gaji di PTJ perlu menggunakan akaun bank tempatan sebagai akaun menerima gaji untuk mengurangkan kos cetakan cek, kos CD, kos masa penghantaran cek & CD dan kos kenderaan menghantar cek & CD ke bank berkenaan pada setiap bulan.

 

3. Memastikan maklumat potongan pegawai pada Infotype IT0057 - Recurring Deduction tidak boleh diubah sekiranya potongan gaji dihantar secara File In dan diproses oleh BPOPP melalui program ZRPY017;

 

4. Cetakan Laporan Edit dan LPC adalah tidak dibenarkan.  MPK berkaitan perkara ini akan ditambah baik.

 

Sekian.

 

Unit Gaji

Jabatan Akauntan Negara Malaysia

Negeri Pahang

27 Februari  2018

image