ANM.PHG.(B) 80 ( 58 )

 

 

Adalah dimaklumkan bahawa terdapat kelewatan pembayaran bagi dokumen Arahan Pembayaran yang telah selesai di peringkat Pusat Tanggungjawab (PTJ) bagi bulan Januari dan Februari 2018. Kelewatan ini disebabkan oleh masalah teknikal semasa proses larian bayaran di peringkat Pejabat Perakaunan.

 

Walau bagaimanapun, Jabatan ini memandang serius perkara ini dan sentiasa komited untuk menyelesaikan sebarang masalah yang berkaitan. Mulai bulan Mac 2018, sistem telah stabil. Namun begitu sekiranya terdapat permasalahan, PTJ masih perlu log aduan melalui Service Desk di portal Sistem 1GFMAS. Segala kesulitan amatlah dikesali.

 

Sekian terima kasih.

 

 

Unit Pengurusan Dana

JANM Pahang

08 Mac 2018

image