ANM.PHG.(B) 80 ( 59 )

 

Dimaklumkan bahawa penambahbaikan telah dibuat pada program Modul Arahan Pembayaran Tanpa Pesanan Tempatan. Selaras dengan itu, Arahan Pembayaran AP58(a) yang melibatkan bayaran kepada Commerce Dot Com (CDC) perlu menyediakan satu dokumen (Doc Type - K2) sahaja dengan mencajkan terus amaun kredit ke Kod Akaun L1121104 – Deposit Bayaran Kepada CDC.  Dokumen Baucar Jurnal (S5) bagi tujuan pelarasan bagi bayaran kepada CDC tidak perlu lagi disediakan.  Sehubungan dengan itu, Emel Blast UPP 15/2018 adalah dibatalkan berkuatkuasa serta merta.

 

Proses kerja ini juga terpakai untuk transaksi AP58(a) lain yang melibatkan penggunaan dana selain Vot B dan T.

 

Sekian, terima kasih.

 

Unit Pengurusan Dana

JANM Pahang

16 Mac 2018

image