Dimaklumkan bahawa Kementerian Kewangan melalui Surat Tatacara Bagi Perolehan Bekalan Atau Perkhidmatan Bukan Bermasa Sehingga RM20 Ribu Berdasarkan Surat Kementerian Kewangan Bertarikh 17 Januari 2018 yang dikeluarkan pada 15 Mac 2018 memberikan kelulusan khas ke atas perolehan yang dibuat bagi tempoh sehingga 15 Februari 2018 mengikut senario dan tindakan berkaitan.

Perkara ini adalah berikutan Agensi menghadapi kesukaran untuk membuat pembayaran kepada pembekal setelah bekalan/perkhidmatan disempurnakan berikutan keperluan untuk menjana LO elektronik menerusi Sistem eP setelah LO manual dikemukakan kepada pembekal.

Bersama-sama ini dilampirkan Surat Tatacara Bagi Perolehan Bekalan Atau Perkhidmatan Bukan Bermasa Sehingga RM20 Ribu berdasarkan Surat Kementerian Kewangan bertarikh 17 Januari 2018 Ruj : S/K.Kew/Pk/Mof/D/68/1/Jld. 3 Sk.2 (6) bertarikh 15 Mac 2018.

 

SURAT TATACARA

 

Sekian terima kasih.

Unit Pengurusan Dana

JANM Pahang

23 Mac 2018

image