ANM.PHG.(B) 80 ( 60 )

Untuk makluman, merujuk kepada Surat Pekeliling Akauntan Negara Malaysia (SPANM) Bil.17/2014 Tatacara Perakaunan Bayaran, sekiranya notifikasi eMaklum tidak dapat dicetak surat pengesahan daripada Pejabat Perakaunan diperlukan bagi menggantikan notifikasi tersebut.

Sehubungan dengan itu, bersama-sama ini disertakan format surat pengesahan bagi menggantikan notifikasi eMaklum jika notifikasi tidak boleh dicetak (Rujuk Lampiran 1). Lampiran 1 dalam bentuk Microsoft Word yang telah lengkap diisi perlu diemelkan kepada Puan Ayu Zalina binti Adnan (Penolong Akauntan W32 – Unit Akaun) bersama-sama dengan dokumen Arahan Pembayaran Panjar Wang Runcit / AP96 ke alamat emel Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya. untuk kelulusan Pejabat Perakaunan. Lampiran 1 yang telah diluluskan akan diemelkan kepada PTJ untuk PTJ membuat pengesahan ke atas surat tersebut seperti amalan yang sedia ada.

Pemakaian format surat pengesahan ini berkuatkuasa serta merta dan buletin  berhubung menunaikan Panjar Wang Runcit dan dan Arahan Pembayaran di bawah AP96 di bank bertarikh 12 Februari 2018 adalah dibatalkan.

 

 

 LAMPIRAN 1

 

 

Sekian terima kasih.

Unit Pengurusan Dana

JANM Pahang

23 Mac 2018

image