ANM.PHG.100-10/3/1/1 (1)

 

Adalah dimaklumkan bahawa penggunaan kod akaun yang tepat bagi memperakaunkan transaksi perolehan aset adalah sangat penting kerana ia akan memberi kesan kepada PENGIRAAN SUSUT NILAI SECARA AUTOMATIK OLEH SISTEM 1GFMAS. PTJ boleh membuat rujukan usia guna maksimum aset dengan melayari website perakaunan akruan www2.anm.gov.my di ikon Arahan Operasi Aset Dan Inventori.

Bagi penggunaan kod akaun inventori (akaun belanja inventori siri B06/B07 serta kod akaun inventori siri A06/A07) hanya terpakai bagi perolehan item inventori oleh PTJ Inventori sahaja. Selaras dengan pemakaian Kaedah inventori Berkala (Periodic Inventory System) bagi memperakaunkan inventori kementerian /jabatan, perolehan inventori akan dicaj terlebih dahulu kepada kod akaun belanja siri B06/B07 dan kemudian dilaraskan kepada kod akaun inventori siri A06/A07 pada setiap sukuan tahun ( rujuk Standard Operating Procedurs Day 2 Modul 1)

 

 

Sekian, terima kasih.

 

Unit Pengurusan Aset

JANM Pahang

 

11.04.2018

image