ANM.PHG.100-10/3/1/1 (2)

 

Adalah dimaklumkan bahawa, Bahagian Perkhidmatan Operasi Pusat dan Agensi telah memutuskan kaedah pelaksanaan pembayaran interim projek ( Aset dalam Pembinaan) di peringkat PTJ hendaklah seragam dimana kaedah pembayaran yang sepatutnya adalah kaedah penggunaan sub menu Arahan Pembayaran Dengan Pesanan Kerajaan (Doc Type RE) dengan di caj kepada kod akaun Aset dalam Pembinaan (A203XXXX) – Rujuk Arahan Operasi Cutover 1GFMAS: Pembayaran Melibatkan Aset dalam Pembinaan.

Sehubungan dengan itu, PTJ yang telah melaksanakan pembayaran interim projek (Aset Dalam Pembinaan) dengan menggunakan sub menu Arahan Pembayaran Tanpa Pesanan Kerajaan – Daftar Dokumen > Invois Tanpa PT (Doc Type K2) dengan dicaj kepada kod akaun Aset Tidak Dipermodalkan (B033XXXX)  PERLU MEMBUAT TINDAKAN PELARASAN SEPERTI LAMPIRAN A DAN DISELESAIKAN SEBELUM 30 APRIL 2018.

JANM PAHANG akan memantau PTJ terlibat bagi memastikan tindakan pelarasan dibuat sepenuhnya dan sub menu yang tepat digunakan bagi pembayaran interim berikutnya.

 

LAMPIRAN A

 

MPK-MM 04

 

 

 

Sekian, terima kasih.

 

Unit Pengurusan Aset

JANM Pahang

11.04.2018

image