Ikuti Kami: | ![]() ![]() ![]() |
Pilihan Bahasa: | Lain-lain bahasa | |
|
![]() ![]() ![]() ![]() |
ANM.PHG.100-10/3/1/1 (4)
Adalah dimaklumkan bahawa Bahagian Pengurusan Teknologi Maklumat (BPTM), Jabatan Akauntan Negara Malaysia dalam peringkat mengumpul data pengguna dan peranan bagi pelaksanaan release dua (2) Sistem Pengurusan Kewangan Dan Perakaunan Kerajaan Persekutuan (1GFMAS) berasaskan perakauanan akruan.
Sehubungan dengan itu, semua PTJ hendaklah melengkapkan dan menghantar softcopy template 1006 – JANM PAHANG (R2-AA) secara emel (rujuk Lampiran A) SEBELUM 15 Mei 2018 bagi sheet :
i) Bil Pengguna – Pengesahan Bilangan Pengguna
ii) AA - Asset Accounting ( Perakaunan Aset)
iii) HKP dan HKS - Had Kuasa Memperaku (HKP) Dan Had Kuasa Menyemak (HKS)
PTJ juga perlu mengemukakan Template HKP dan HKS - Had Kuasa Memperaku (HKP) Dan Had Kuasa Menyemak (HKS) yang telah disahkan oleh Pemegang Waran Peruntukan/ Ketua Jabatan secara secara hardcopy SEBELUM 30 Mei 2018 kepada:
Unit Pengurusan Dana
Jabatan Akauntan Negara Malaysia Negeri Pahang
Tingkat 1, Wisma Persekutuan
Jalan Gambut
25500 Kuantan, Pahang
PTJ adalah dinasihatkan untuk melantik pegawai yang menguruskan kewangan sebagai penyedia, peraku 1 dan peraku 2 bagi memastikan ketepatan data dalam memperakaunkan aset jabatan.
Sekian, terima kasih.
TEMPLATE 1006 – JANM PAHANG (R2-AA)
Unit Pengurusan Aset
JANM Pahang
04.05.2018
Statistik Pelawat: 16311704 |
Tarikh Kemaskini: 17/01/2021 |