Adalah dimaklumkan bahawa Jabatan Akauntan Negara Malaysia (JANM) Negeri Pahang akan menganjurkan Taklimat Awareness Perakaunan Pengurusan yang melibatkan semua Pegawai Perakaunan (Akauntan/Penolong Akauntan/Pembantu Akauntan) yang berkhidmat di Negeri Pahang. Taklimat ini adalah bertujuan sebagai persediaan berkaitan perlaksanaan Perakaunan Pengurusan Sektor Awam kepada End User (EU) yang akan menghadiri latihan iGFMAS Modul MyCost.

 

Bagi PTJ yang tidak mempunyai pegawai perakaunan di jabatan, boleh menghantar seorang wakil bagi taklimat tersebut. Sehubungan itu, Tuan/Puan adalah dijemput untuk menghadiri program tersebut seperti ketetapan berikut:

 

       Tarikh          : 4 Oktober 2018 (Khamis)

Masa          : 8.30 pagi hingga 1.00 t/hari

Tempat       : Dewan Kompleks Dagangan Mahkota

    Sektor 2, Jln. Sultan Hj. Ahmad Shah,

                               Bandar Indera Mahkota, 25200 Kuantan.

 

Kehadiran tuan/puan amatlah dialu-alukan. Tuan/Puan dipohon untuk melengkapkan Borang Pengesahan Kehadiran yang dilampirkan dan hendaklah diemailkan kepada Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya. selewat-lewatnya pada  20 September 2018 (Khamis). Sebarang pertanyaan berkenaan program ini boleh diajukan kepada Unit Pengurusan Pelanggan dan Prestasi di talian 09-5915008/5915010.Sekian, terima kasih.

 

 

BORANG PENGESAHAN

 

 

Unit Pengurusan Prestasi

Jabatan Akauntan Negara Malaysia

Negeri Pahang

7 September 2018

image