Semua Ketua Jabatan Persekutuan /

Ketua Pusat Tanggungjawab

Y.Bhg.Datuk/Dato'/Datin/Tuan/Puan

MAKLUMAN MENGENAI BORANG E (PENYATA OLEH MAJIKAN) LHDN BAGI TAHUN SARAAN 2017

Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.

2. Dimaklumkan setelah semakan semula dibuat dengan pihak LHDNM, kami             

    mendapati pihak PTJ yang perlu mengisi Borang E tersebut (dimana pihak   

    ptj telah menerima Borang E secara hardcopy daripada LHDNM).

3. Sehubungan dengan itu, sila lengkapkan maklumat pada muka surat satu

   dan dua sahaja pada Borang E tersebut. PTJ tidak perlu mengisi maklumat

   dibahagian Borang C.P.8D memandangkan JANM Perak telah menghantar

   maklumat tersebut melalui e-data Praisi. PTJ hanya perlu menyatakan cara

   pengemukaan C.P.8D di ruang 13 dala Borang E bagi tahun saran 2017 iaitu

  “no 2 – Melalui Data Praisi”

Kerjasama daripada semua amat dihargai dan segala kesulitan amatlah dikesali.

Sekian, terima kasih.

UNIT GAJI

 

JANM PERAK

image