Semua Ketua Jabatan Persekutuan /

Ketua Pusat Tanggungjawab

Y.Bhg.Datuk/Dato'/Datin/Tuan/Puan

MAKLUMAN BORANG MENGEMAS KINI MAKLUMAT PERIBADI BAGI TUJUAN PENGIRAAN POTONGAN CUKAI BULANAN (PCB) MULAI 2018     

Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.

1. Untuk makluman, Lampiran A - Borang Kemaskini Maklumat Peribadi  Bagi         

   Tujuan Pengiraan PCB (format 2017) masih boleh digunapakai kerana tiada      

   sebarang pindaan bagi tahun 2018. 

2. Walaubagaimanapun, HCM ada membuat sedikit pindaan bagi

   membolehkan borang berkenaan digunakan sepanjang masa selagi tiada

   pindaan bagi pelepasan cukai individu pemastautin seperti yang terkandung

   di dalam website LHDN (www.hasil.gov.my - Pelepasan Cukai).

3. Format borang tersebut adalah seperti dilampiran. Mohon panjangkan

    penggunaan borang ini diperingkat PTJ dibawah seliaan tuan/puan.

Kerjasama daripada semua pihak amat dihargai dan segala kesulitan

amatlah dikesali.

Sekian, terima kasih.

UNIT GAJI

JANM PERAK

26 APRIL 2018

Muat Turun Borang PCB 2018

image