Adalah dimaklumkan bahawa satu Mesyuarat Pelarasan Pembayaran Kepada Agensi Pukal Berikutan Daripada Penyusunan Semula Kementerian telah diadakan pada 5 September 2018 diantara pihak Ibu Pejabat JANM dengan Agensi Pukal.  Lanjutan daripada mesyuarat tersebut, dimaklumkan perkara yang memerlukan perhatian dan tindakan SEGERA oleh PTJ yang terlibat dalam penyusunan semula Kementerian, sebelum proses conversion data induk pukal bagi kementerian yang bertukar dibuat oleh pihak Ibu Pejabat pada 28 September 2018 seperti berikut :

 

        a)    Tarikh akhir untuk pengwujudan/pembatalan/kemaskini maklumat akaun pukal PTJ (AP503) adalah  pada 14.09.2018; dan

        b)    Tarikh akhir pengeluaran Waran Udara Awam Pukal (WPUA) adalah pada 21.09.2018

 

Justeru, dipohon kerjasama Y.Bhg. Datuk / Dato' / Datin / Tuan / Puan, untuk membuat perancangan awal bagi menggelakkan sebarang masalah berbangkit dikemudian hari. Segala kerjasama  dan tindakan berhubung perkara ini didahului ucapan jutaan terima kasih.

 

Perubahan Kementerian 2018

 

custom_html