Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

 

Tuan/Puan,

 

Dengan segala hormatnya saya merujuk kepada perkara tersebut di atas.

 

2.    Adalah dimaklumkan bahawa Jabatan ini akan mengadakan taklimat berkaitan tindakan yang perlu diambil oleh PTJ Penyerah Tugas dan Penerima Tugas berikutan Penyusunan Semula Kementerian.  Taklimat tersebut akan diadakan pada ketetapan seperti berikut:

 

            Tarikh      :   20 September 2018 (Khamis)

            Masa       :   9.30 pagi     

            Tempat    :  Bilik Mesyuarat Gunasama

                                 Jabatan Akauntan Negara Malaysia Negeri Kedah

                                 Aras 4, Zon C, Wisma Persekutuan Anak Bukit

                                 Alor Setar, Kedah

3.    Sehubungan itu, dua (2) orang wakil dari Jabatan tuan/puan dijemput untuk menghadiri taklimat tersebut.  Taklimat yang akan disampaikan adalah berkaitan pembayaran gaji, Arahan Pembayaran, Pukal, PWR, Waran Udara, Pengurusan Aset dan Autorization.  Mohon kemukakan borang pengesahan kehadiran ke Jabatan ini seperti di Lampiran A  untuk tindakan lanjut.  Kerjasama dan perhatian tuan/puan dalam perkara ini amatlah dihargai.

 

Sekian, terima kasih.

 

"BERKHIDMAT UNTUK NEGARA"

"Membudayakan Inovasi Memperkasakan Perakaunan Akruan"

 

Borang Pengesahan Kehadiran

custom_html