Dengan hormatnya saya merujuk kepada surat Kementerian Kewangan Malaysia no rujukan MOF-400-11/26/1 Jld 3 ( ) bertarikh 18  Februari 2019.

 

2.       Berdasarkan surat yang dilampirkan, MOF sedang menjalankan soal selidik kepada pengguna eP merangkumi spesifikasi komputer dan talian internet serta keperluan mengukur tahap kemahiran PTJ dalam penggunaan sistem eP, mendapatkan maklumat kemudahan infrastruktur ICT di PTJ dan bagi pelaksanaan sesi latihan penggunaan sistem eP untuk tahun 2019.

 

3.       Kaji selidik berkenaan boleh dicapai melalui capaian https://ptjinfo.eperolehan.gov.my . Bersama-sama ini dilampirkan surat yang menerangkan maksud di atas untuk rujukan dan tindakan tuan/ puan dan PTJ selanjutnya.

 

Kerjasama tuan/ puan berhubung dengan perkara di atas amatlah dihargai.

 

Surat_MOF_Kaji_Selidik_eP

custom_html