Dengan segala hormatnya saya merujuk kepada perkara tersebut di atas.

 

2.       Adalah dimaklumkan Petron Fuel Internation Sdn Bhd (PETRON) telah diluluskan menjadi agensi pukal bagi perkhidmatan pembekalan bahan api Kerajaan Persekutuan. Sistem PENTRON telah berintegarasi dengan iGFMAS bagi melaksanakan bayaran melalui Sistem Bayaran Pukal (SBP) JANM dan perjanjian antara Kerajaan Malaysia dengan Petron Fuel International telah dimuktamadkan pada 11 April 2019. Maklumat bagi agensi pukal ini adalah seperti berikut :

 

o   Agensi : Petron Fuel Internation Sdn Bhd (PETRON)

 

o   Kod Agensi / Kod Vendor : 2000000035

 

3.       Sehubungan dengan itu, PTJ yang ingin mendapatkan bekalan daripada Petron hendaklah membuat permohonan/ pewujudan Akaun Pukal seperti Manual Prosedur Kerja (MPK) iGFMAS yang dilampirkan. Penghantaran bil AP504 oleh pihak agensi kepada Pejabat Perakaunan sebelum pewujudan akaun pukal oleh PTJ boleh menyebabkan ralat semasa proses pembayaran pukal. 

 

4.       Sila berhubung dengan pegawai di Unit Dana JANM sekiranya tuan mempunyai pertanyaan atau memerlukan penjelasan lanjut.  Kerjasama dan perhatian tuan/ puan berhubung perkara di atas amatlah dihargai.

 

Permohonan_Akaun_Pukal

custom_html