Dengan hormatnya saya merujuk kepada perkara di atas.

 

2.       Berdasarkan kepada tarikh pembayaran gaji yang telah ditetapkan, tarikh pembayaran gaji pekerja bergaji hari adalah selepas cuti umum Hari Raya Aidilfitri yang jatuh pada 5hb dan 6hb Jun 2019. Sehubungan dengan itu, adalah ditetapkan bahawa tarikh pembayaran gaji pekerja bergaji hari seperti   Pegawai   Sambilan  Harian   (PSH)  bagi  bulan  Mei  2019  untuk  tempoh bekerja 2 Mei 2019 (1 Mei – Cuti umum) sehingga 24 Mei 2019 akan diawalkan iaitu dibayar selewatnya pada 30 Mei 2019. Manakala baki hari bekerja bagi bulan Mei 2019 iaitu bagi tempoh 26 Mei hingga 30 Mei 2019 dibayar bersama gaji bulan Jun 2019. Ini bagi memastikan pembayaran gaji pekerja bergaji hari sehingga 24 Mei 2019 dapat dibayar sebelum perayaan Aidilfitri.

 

3.    Arahan ini TIDAK TERPAKAI kepada pegawai lantikan tetap yang dikeluarkan dari sistem 'payroll' dan dibayar melalui baucar berasingan.  Sila berhubung dengan pegawai di Unit Gaji JANM sekiranya tuan/puan mempunyai pertanyaan atau memerlukan penjelasan lanjut.  Perhatian dan kerjasama tuan/puan dalam perkara ini amatlah dihargai. 

custom_html