Sukacita dimaklumkan bahawa Jabatan ini akan melaksanakan urusan Pemangkuan Jawatan Pembantu Akauntan Gred W26 ke W28 serta  urusan Pertimbangan Kenaikan Pangkat  Kumpulan Pengurusan dan Profesional (P&P) dan  Kumpulan Pelaksana Perkhidmatan Perakaunan di bawah Jabatan Akauntan Negara Malaysia.   

 

Semua permohonan hendaklah menggunakan borang yang dicetak hanya melalui ePerkhidmatan (rujuk Portal JANM). 

 

Adalah dimohon kerjasama YBhg.Dato'/Tuan/Puan untuk memanjangkan dan membuat hebahan kepada pegawai-pegawai di bawah seliaan YBhg.Dato'/Tuan/Puan dan permohonan yang lengkap hendaklah dikemukakan ke Bahagian Pembangunan Perakaunan dan Pengurusan, JANM  sebelum atau pada 28 NOVEMBER 2019. 

 

Perhatian dan kerjasama YBhg.Dato'/Tuan/Puan berhubung perkara ini amatlah dihargai dan didahului dengan ucapan terima kasih.

 

URUSAN_PEMANGKUAN_W26_KE_W28

 

URUSAN_PERTIMBANGAN_KENAIKAN_PANGKAT_PELAKSANA

 

URUSAN_PERTIMBANGAN_KENAIKAN_PANGKAT_PP

image