Salam sejahtera,

Tuan/Puan,

Dengan hormatnya saya diarah merujuk kepada perkara di atas.

2. Dimaklumkan bahawa Bahagian Pengurusan Teknologi Maklumat, Jabatan Akauntan Negara Malaysia (JANM) dalam peringkat mengumpul data pengguna dan peranan bagi pelaksanaan Perakaunan Pengurusan yang akan dikenali sebagai MyCost. Sehubungan dengan itu, JANM Negeri Kelantan telah ditugaskan untuk mengedarkan "softcopy user mapping template (UMT)" kepada semua PTJ untuk dilengkapkan. Maklumat yang diterima dari setiap PTJ akan disatukan di peringkat JANM Negeri Kelantan dan dihantar ke ibu pejabat.​

3. Oleh hal yang demikian, dilampirkan bersama emel ini adalah UMT (Lampiran A) untuk tindakan selanjutnya tuan/puan. Tuan/puan perlu melengkapkan UMT seperti berikut:

​​Dalam tab ​PBC - Sila isikan nombor KP, nama, alamat emel, gred, jawatan, nombor telefon. Seterusnya, pilih kod PTJ dari drop down menu. Perihal PTJ dan kod kumpulan PTJ akan diisi secara automatik. Akhir sekali, isi nombor "1" dalam petak mengikut peranan pengguna (sila rujuk kepada tab Senarai Pengguna).
Peranan penyedia PTJ sepatutnyadiberikan kepada pegawai bergred 29 dan ke atas. Sekiranya PTJ tidak mempunyai pegawai bergred 29 dan ke atas, sila berikan peranan kepada pegawai yang bertanggungjawab terhadap kewangan. Peranan penyedia boleh diberikan kepada lebih daripada seorang.
Peranan papar PTJ haruslah diberikan kepada pegawai atasan penyedia. Namun begitu, peranan papar boleh diberikan kepada penyedia dalam keadaan kekurangan sumber. Peranan papar boleh diberikan kepada lebih daripada seorang.

​Dalam tab Bilangan Pengguna ​- Sila isikan jumlah bilangan pengguna (penyedia dan papar) yang terlibat dalam sistem MyCost.

4. Sila emelkan UMT yang lengkap kepada pegawai JANM Negeri Kelantan yang bertanggungjawab terhadap PTJ tuan/puan seperti Lampiran B selewat-lewatnya pada 21 Mac 2019 (Khamis).

5. Sekiranya terdapat sebarang kemusykilan atau pertanyaan, sila menghubungi pegawai JANM Negeri Kelantan yang berkenaan.

6. Kerjasama dan masa tuan/puan amatlah dihargai dan didahului dengan ucapan terima kasih.


Sekian, terima kasih.

 

 

image