Tuan/Puan,

 

 

Merujuk kepada perkara diatas, 

 

2.    Untuk makluman tuan, Pihak JANM Cawangan Kelantan telah menerima satu pemberitahuan dari pihak Bank Islam Malaysia Berhad mengenai penutupan cawangan Bank Islam Rantau Panjang bermula pada 1 November 2019.

 

3.    Sehubungan dengan itu, PTJ-PTJ sekitar daerah berkenaan yang menggunakan perkhidmatan di cawangan tersebut perlulah mengambil tindakan-tindakan sewajarnya bagi memperakaunkan terimaan PTJ masing-masing. Pihak Bank Islam telah memaklumkan cawangan baru akan dibuka bermula 1 November 2019 di alamat seperti berikut:

 

                Bank Islam Pasir Mas

                Ground & Mezzanine Floor

                No. 41 & 42, Jalan Tengku Ahmad

                17000 Pasir Mas

                Kelantan

 

4.    Sebarang maklumat lanjut pihak tuan boleh hubungi pihak bank di talian seperti lampiran yang disertakan.  Kerjasama dari pihak tuan berhubung dengan perkara ini amatlah dihargai.

 

 

Sekian, terima kasih.

 

image