Salam sejahtera;

 

 

Adalah dimaklumkan bahawa JANM sedang mengumpul maklum balas pelanggan JANM Negeri dan Cawangan melalui Kajian Keberkesanan Perkhidmatan melalui link seperti berikut:  https://forms.gle/hSs9ickLFQ69eThP6

 

 

Tuan/ Puan selaku pelanggan (PTJ/ Pejabat Pemungut/ Pusat Gaji/ Pusat Terimaan) JANM Cawangan Keningau dijemput untuk menjawab Kajian Keberkesanan ini.  Kajian ini bertujuan untuk mengetahui tahap keberkesanan perkhidmatan JANM Negeri/ Cawangan serta cadangan penambahbaikan yang bersesuaian dapat dilaksanakan bagi meningkatkan tahap perkhidmatan. Tarikh tamat kajian ini adalah pada8 November 2019 (Jumaat) jam 5.00 petang. 

 

 

Sehubungan itu, mohon kerjasama tuan/puan untuk menjawab kajian ini bagi menambah baik mutu perkhidmatan JANM Negeri/Cawangan. Kerjasama dan tindakan awal tuan/ puan amat dihargai dan didahului dengan ucapan terima kasih. ​

 

 

Sekian, terima kasih

image