Salam sejahtera;

 

Sejak akhir-akhir ini, pihak kami menerima banyak isu sijil digital token yang telah tamat tempoh dan menyebabkan proses perakuan tertangguh kerana :

1. PTJ perlu melantik Peraku 1/ Peraku 2 yang lain

2. Menunggu kelulusan pihak MAMPU untuk pembaharuan sijil digital

 

Bagi mengelakkan isu-isu seperti gagal membuat perakuan arahan pembayaran, jurnal , pesanan kerajaan dan transaksi lain yang memerlukan pengesahan digital pada hujung-hujung tahun, Tuan/Puan adalah diingatkan untuk sentiasa PEKA dan menyemak tarikh luput sijil digital token Peraku 1 & Peraku 2 di jabatan masing-masing. 

 

Untuk makluman, sistem GPKI MAMPU akan menghantar notifikasi melalui emel pengguna sebanyak 3 kali iaitu 30 hari, 15 hari dan 1 hari sebelum tarikh luput sijil digital token sebagai peringatan.

 

Tuan/Puan boleh memohon bantuan daripada Authorised Personal (AP) GPKI yang telah dilantik di jabatan masing-masing untuk tujuan pembaharuan sijil digital token. Tatacara pembaharuan token juga boleh diperolehi melalui laman web GPKI MAMPU. Senarai AP di setiap jabatan juga boleh dilihat di portal JANM Keningau iaitu di bahagian Soalan Lazim (Unit Teknologi Maklumat). 

 

Sekian, terima kasih.

image