YBhg. Dato’/Datin/Tuan/Puan,

 

TARIKH AKHIR PENYEDIAAN ARAHAN PEMBAYARAN REKUPMEN PANJAR DAN PENERIMAAN REKUPMEN BAGI TAHUN 2019 

 

Dengan segala hormatnya saya merujuk kepada perkara tersebut di atas.

 

2. Bagi melancarkan proses  penutupan panjar bulanan, semua PTJ Pemegang Panjar hendaklah mematuhi tarikh-tarikh Akhir Penyediaan Arahan Pembayaran Rekupmen Panjar dan Penerimaan Rekupmen seperti ditetapkan di Lampiran A. Kegagalan mematuhi tarikh-tarikh tersebut akan menyebabkan Akaun Penyelesaian Panjar (A2911101) tidak berbaki kosong.

 

3. Selain itu, Jabatan ini akan menolak (kuiri) Arahan Pembayaran Rekupmen yang diterima selepas tarikh akhir rekupmen berkuatkuasa mulai bulan April 2019.

4. Sekiranya memerlukan pertanyaan penjelasan lanjut, sila hubungi  Puan Naimie Simbun di talian 088-324814.

 

Sekian dimaklumkan, terima kasih.

 

Unit Akaun

JANM Negeri Sabah

 

Lampiran A

image