Tuan/ Puan,

PERINGATAN PENGGANTIAN PINDAHAN DANA ELEKTRONIK (EFT) DITOLAK/ CEK TERBATAL BAGI DEPOSIT TAHUN 2017 DAN SEMASA
 

Dengan hormatnya saya merujuk kepada perkara di atas.

2.         Bersama-sama ini disertakan Lampiran A senarai baki deposit EFT ditolak dan cek terbatal yang masih belum dibuat penggantian mengikut Kumpulan PTJ & PTJ bagi tempoh sehingga 28 Jun 2019. Mohon kerjasama pihak tuan/puan untuk menyegerakan tindakan penggantian berdasarkan garis panduan dan tatacara berikut:

Bil

Perihal

2.1

Senarai semak di Lampiran F: Garis Panduan Tatacara Pengurusan Pindahan Dana Elektronik Ditolak dan Cek Terbatal Surat Pekeliling Akauntan Negara Malaysia Bilangan 7 Tahun 2018. 

2.2

MPK-AP 15 Proses Arahan Pembayaran Tanpa Pesanan Kerajaan Bagi Pembatalan Dan Penggantian EFT, dan

2.3

MPK-AP 17 Proses Arahan Pembayaran Tanpa Pesanan Kerajaan Bagi Pembatan Dan Penggantian Cek Terbatal


3.         Perhatian tuan/puan berhubung perkara ini amatlah dihargai Sekiranya memerlukan penjelasan lanjut, sila berhubung dengan pegawai-pegawai berikut;

·         Encik Gilbert Voo Gin Feng - 088 324814 (Deposit tahun 2017 & sebelum)

·         Puan Anita Binti Pengiran - 088 324814 (Deposit tahun 2018 & semasa)


Sekian, terima kasih.

JOSEPHINE SHERILYN JOE LIEW APOK C.A.(M)

Ketua Penolong Pengarah (Operasi)

Jabatan Akauntan Negara Malaysia Negeri Sabah

image