Tuan/ Puan,

MAKLUMAN PERPINDAHAN URUSAN BERKAITAN KEMASKINI VENDOR EMP (50XXXXXXXX) DARIPADA UNIT AKAUN KE UNIT PENGURUSAN PRESTASI MULAI 1 OGOS 2019 BAGI JABATAN/PTJ DI BAWAH PEJABAT PERAKAUNAN JANM NEGERI SABAH (1020)

Dimaklumkan bahawa mulai 1 Ogos 2019, urusan berkaitan permohonan pengemaskinian Kod Vendor EMP bagi kakitangan kerajaan yang dibayar melalui Sistem Payroll iGFMAS akan dipindahkan daripada Unit Akaun ke Unit Pengurusan Prestasi jabatan ini seperti berikut:

  1. Sebelum 1 Ogos 2019
    Permohonan pengemaskinian dikemukakan kepada Unit Akaun, Aras 7, JANM Negeri Sabah. Pegawai yang dihubungi:- En. Wan Norzuraidi Bin Wan Ismail (088-324814)

  2. Mulai 1 Ogos 2019
    Permohonan pengemaskinian dikemukakan kepada Unit Pengurusan Prestasi, Aras Bawah, JANM Negeri Sabah. Pegawai yang dihubungi:- Pn. Nafsiah Ag. Damit (088-324809) atau Pn. Melisia Johan Ng (088-324860)

 

Sekian dimaklumkan dan terima kasih.

 

JANM Negeri Sabah

image