Tuan/ Puan,

PRESTASI PENGHANTARAN SIJIL PENGESAHAN BAKI VOT BAGI BULAN JULAI 2019


Disertakan senarai prestasi penghantaran Sijil Pengesahan Baki Vot seperti yang dinyatakan dalam Surat Pekeliling Akauntan Negara Malaysia Bilangan 7 Tahun 2018 berkuatkuasa mulai Oktober 2018 yang lalu. Sukacita diucapkan TAHNIAH kepada 173 Pusat Tanggungjawab (PTJ) yang tersenarai di Senarai A yang telah membuat penghantaran dalam tempoh 14 hari selepas penutupan akaun bulan Julai 2019.

Diharapkan agar PTJ di Senarai B, akan mempertingkatkan lagi usaha untuk memastikan sijil dikemukakan ke jabatan ini dalam tempoh yang ditetapkan. Bagi 104 PTJ di Senarai C yang belum mengemukakan sijil, sila berbuat demikian dengan kadar segera sebelum surat peringatan lanjut dikeluarkan. Sekiranya memerlukan penjelasan lanjut, sila berhubung dengan Encik Wan Norzuraidi Bin Wan Ismail di talian 088-324814

Bil

Status penghantaran

Bilangan PTJ

Lampiran

1

≤  14 hari

173

Senarai  A

2

˃  14 hari

 34

Senarai  B

3

belum diterima

 105

Senarai  C

 

Jumlah

312


Sekian, terima kasih.


JOSEPHINE SHERILYN JOE LIEW APOK C.A.(M)

Ketua Penolong Pengarah Operasi
Jabatan Akauntan Negara Malaysia Negeri Sabah

image