Tuan/ Puan,

PRESTASI PENGHANTARAN SIJIL PENGESAHAN BAKI DEPOSIT BAGI BULAN JULAI 2019


Disertakan senarai prestasi penghantaran Sijil Pengesahan Baki Deposit seperti yang dinyatakan dalam Surat Pekeliling Akauntan Negara Malaysia Bilangan 4 Tahun 2019 berkuatkuasa mulai Jun 2019 yang lalu. Sukacita diucapkan TAHNIAH kepada  tiga (3) Pusat Tanggungjawab (PTJ) yang tersenarai di Senarai A yang telah membuat penghantaran dalam tempoh 14 hari selepas penutupan akaun bulan Julai 2019.

Diharapkan agar PTJ di Senarai B, akan mempertingkatkan lagi usaha untuk memastikan sijil dikemukakan ke jabatan ini dalam tempoh yang ditetapkan. Bagi 84 PTJ di Senarai C yang belum mengemukakan sijil, sila berbuat demikian dengan kadar segera sebelum surat peringatan lanjut dikeluarkan. Sekiranya memerlukan penjelasan lanjut, sila berhubung dengan Puan Naimie Simbun di talian 088-324814

Bil

Status penghantaran

Bilangan PTJ

Lampiran

1

≤  14 hari

 3

Senarai  A

2

˃  14 hari

 1

Senarai  B

3

belum diterima

 262

Senarai  C

 

Jumlah

 266


Sekian, terima kasih.


JOSEPHINE SHERILYN JOE LIEW APOK C.A.(M)

Ketua Penolong Pengarah Operasi
Jabatan Akauntan Negara Malaysia Negeri Sabah

image