Tuan/ Puan, 

KAJIAN KEBERKESANAN PERKHIDMATAN JANM NEGERI/ CAWANGAN TAHUN 2019


Adalah dimaklumkan bahawa BPOPP sedang mengumpul maklum balas bagi pelanggan yang mendapatkan perkhidmatan daripada J
abatan Akauntan Negara Malaysia (JANM) Negeri dan Cawangan melalui Kajian Keberkesanan Perkhidmatan Tahun 2019 melalui link seperti berikut:    

Kajian Keberkesanan Perkhidmatan JANM Negeri/ Cawangan Tahun 2019:  https://forms.gle/HQXe8wbEqhtK8KRL6 

Sehubungan dengan itu, PTJ/ Pejabat Pemungut/ Pusat Gaji/ Pusat Terimaan di bawah Pejabat Perakaunan JANM Negeri Sabah adalah dijemput untuk menjawab Kajian Keberkesanan ini.  Kajian ini bertujuan untuk mengetahui tahap keberkesanan perkhidmatan JANM Negeri/ Cawangan dan Bahagian Akaun Kementerian Kewangan (BA MOF) serta cadangan penambahbaikan yang bersesuaian untuk dilaksanakan bagi meningkatkan tahap perkhidmatan.  Kajian ini bermula 8 Oktober 2019 (Selasa) sehingga 8 November 2019 (Jumaat).  


Kerjasama daripada pihak tuan/ puan amatlah kami hargai dan didahulukan dengan ucapan ribuan terima kasih.

Sekian.

Jabatan Akauntan Negara Malaysia
Negeri Sabah
088-324 800

image