Tuan/ Puan,
JEMPUTAN MENGHADIRI BENGKEL TATACARA PENYEDIAAN SIJIL PENGESAHAN BAKI AKAUN DEPOSIT DAN AKAUN TERIMAAN SECARA BULANAN

Sukacita dimaklumkan bahawa jabatan ini akan menganjurkan bengkel tersebut sebagai usaha untuk membantu pegawai di jabatan tuan/puan untuk melaksanakan pematuhan atas arahan melalui
Surat Pekeliling Akauntan Negara Malaysia Bilangan 3 dan Bilangan 4 Tahun 2019 berhubung kewajipan Pegawai Pengawal dibawah Arahan Perbendaharaan 143 (b). Justeru, wakil jabatan tuan/puan adalah dijemput untuk menghadiri bengkel tersebut mengikut ketetapan dibawah:

 

Tarikh              : 4 hingga 11 November 2019
Masa               : 8.30 Pagi – 4.30 Petang (seperti di Lampiran C)
Tempat            : Makmal Komputer Aras 6 dan 7
                          Jabatan Akauntan Negara Malaysia, Negeri Sabah
                          Mengikut pembahagian Sesi di Lampiran A


Sehubungan itu juga, jabatan tuan/puan diminta untuk menghantar seorang wakil  yang berperanan sebagai penyedia dan mengesahkan kehadiran sebelum atau pada 31 Oktober 2019 melalui Lampiran B yang disertakan Sila hubungi pegawai berikut sekiranya memerlukan penjelasan lanjut:

 

Bil

Pegawai

Perihal

Telefon

3.1

Rohana Binti Dinin

Sijil Akaun Terimaan

088 324814

3.2

Naimie Simbun

Sijil Akaun Deposit

3.3

Masliah Binti Basaran

Sijil Akaun Amanah

088 324817

 

Sekian, terima kasih.

 

JOSEPHINE SHERILYN JOE LIEW POK (C.A.M)
Jabatan Akauntan Negara Malaysia
Negeri Sabah 

 

 

image