Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

Tuan/Puan,

 

Dengan segala hormatnya merujuk kepada perkara diatas.

 2.         Dimaklumkan bahawa Bahagian Pengurusan Teknologi Maklumat (BPTM), Jabatan Akauntan Negara Malaysia Ibu Pejabat dalam peringkat mengumpul data pengguna yang tidak aktif menggunakan Sistem iGFMAS.

 3.         Sehubungan dengan itu, semua Pejabat Perakaunan dipohon untuk melaksanakan Mega Housekeeping Pengguna mengikut tatacara seperti berikut:

    a)       Pengguna tidak pernah login ke mana-mana sistem iGFMAS dalam tempoh 90 hari sebelum tarikh emel ini.

    b)       Pengguna tidak aktif menggunakan sistem iGFMAS dalam tempoh 180 hari bermula tarikh larian dilakukan.

 

4.         Dengan ini, semua PTJ hendaklah menghantar dan menyemak laporan capaian peranan di Lapiran A10 dan buat pengesahan menggunakan Lampiran A11.

5.         Kerjasama dan perhatian awal yang diberikan dalam menjayakan Mega Housekeeping Julai 2019 amatlah dihargai dan didahului dengan ucapan terima kasih. Jika tuan/puan punyai sebarang kemusykilan, boleh berhubung dengan pihak kami.

Solman / helpdesk mesti mengandungi butiran berikut :

                              PIC : Pn Hajiah / En Sapian /En Walter (mengikut PIC setiap PTJ yang Diagihkan mengikut Jadual lampiran)

                              Nama PTJ :

                              No PTJ :

                              No tel PTJ :

                              Pegawai PTJyang dihubungi :

 

 

Sila klik pada pautan untuk maklumat lanjut

i.Tatacara panduan PTJ

ii.Lampiran A11

iii.Senarai PTJ

 

 

Sekian, terima kasih.

  

 

Team Authorization

Unit Pengurusan Teknologi Maklumat

Jabatan Akauntan Negara Malaysia Negeri Sarawak

image