Assalamualaikum dan selamat sejahtera,

 

YBhg. Tan Sri/ Datuk/ Dato’/ Tuan/ Puan,

 

Merujuk kepada surat siaran Kursus Pelan Latihan Operasi Jabatan Akauntan Negara Malaysia Tahun 2019, JANM telah mengatur beberapa kursus jangka pendek dalam bidang dan subjek yang berkaitan dengan kompetensi skim perakaunan sebagaimana yang digariskan dalam Pelan Latihan JANM.

 

2. Sehubungan dengan itu, bahagian ini akan membuka Pra Permohonan Kursus Pelan Latihan Operasi Jabatan Akauntan Negara Malaysia Tahun 2019 secara atas talian untuk pegawai jawatan Penolong Akauntan dan Pembantu Akauntan bermula Mac 2019. Ia merupakan salah satu inisiatif jabatan ini dalam menggalakkan para pegawai melibatkan diri dalam pembangunan kerjaya dan kompetensi pegawai itu sendiri.

 

3. Borang permohonan ini adalah kajian awal urus setia dalam pemilihan pegawai untuk menghadiri kursus. Walau bagaimanapun, keputusan penawaran kursus kepada pegawai adalah tertakhluk kepada kriteria yang ditetapkan dalam Pelan Latihan JANM. Tarikh penutupan permohonan kursus adalah sebulan sebelum tarikh kursus seperti di lampiran.

 

Klik disini untuk lampiran.

 

4. Pegawai yang berminat boleh membuat permohonan kursus melalui pautan berikut:

 

Penolong Akauntan : https://goo.gl/forms/koc5BaiFJNYKihCa2
 
Pembantu Akauntan : https://goo.gl/forms/iz4w5jWwA1Xk4ok83

 

 

Sekian, terima kasih

image