Assalamualaikum dan selamat sejahtera


YBhg. Tan Sri/ Datuk/ Dato’/ Dr./ Tuan/ Puan,


Sukacita dimaklumkan bahawa Jabatan Akauntan Negara Malaysia bersama Persatuan Akauntan Sektor Awam Malaysia (PSA) akan menganjurkan seminar Malaysia Public Sector Accounting Standards (MPSAS) dengan tema “Adaptasi MPSAS: Pengalaman dan Cabaran”  seperti ketetapan berikut:


Tarikh : 02hb & 03hb April (Selasa & Rabu)


Tempat : Hotel Tenera, Bandar Baru Bangi, Selangor


Sehubungan itu, jabatan ini berbesar hati mempelawa penyertaan dari Jabatan/Agensi YBhg. Tan Sri/ Datuk/ Dato’/ Dr./ Tuan/ Puan ke Seminar MPSAS ini. Sila hubungi urus setia untuk urusan pendaftaran penyertaan dan pengesahan pendaftaran hendaklah sebelum 5 Mac 2019.


Bersama-sama ini disertakan surat pelawaan menyertai Seminar MPSAS dan brosur Seminar MPSAS untuk perhatian YBhg. Tan Sri/ Datuk/ Dato’/ Dr./ Tuan/ Puan untuk maklumat lanjut.


Sila klik link di bawah:


Sila klik disini untuk pendaftaran - Penuh

 

Sila klik disini untuk semakan status pendaftaran


Sila klik disini untuk Surat Siaran dan klik disini untuk Brochure

 

Sila klik disini untuk muat turun nota seminar 


Sekian, Terima Kasih.

image