YBhg. Tan Sri/ Datuk/ Dato’/ Tuan/ Puan,

 

Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.

 

Sukacita dimaklumkan bahawa Jabatan Perkhidmatan Awam Malaysia telah mempelawa pegawai-pegawai Kumpulan Pengurusan Dan Profesional untuk memohon kemudahan Tawaran Biasiswa Tajaan Kerajaan Jepun 2019 (MONBUKAGAKUSHO : MEXT) Untuk Pengajian Pasca Siswazah.

 

Warga JANM dan Akauntan Lantikan Jabatan Akauntan Negara Malaysia (JANM) yang berkelayakan adalah dipelawa memohon kemudahan ini. Semua Akauntan lantikan (JANM) yang memohon akan disaring oleh Panel Pembangunan Sumber Manusia (PPSM) JANM, selaku Ketua Perkhidmatan. Semua permohonan yang lengkap hendaklah dibuat dalam 1 SALINAN dan dikemukakan kepada Unit Pembangunan Kerjaya dan Kompetensi, BPPP, JANM sebelum atau pada 18 Mac 2019 (Isnin). Sebarang pertanyaan boleh menghubungi pegawai seperti berikut:

 

               

                Puan Fauziah binti Abdullah                      Tel: 03-8882 1188 /

                               Emel: Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.

 

                Cik Ain Nadhirah binti Jamal Afandi       Tel: 03-8882 1030 /

                                                                                            Emel: Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.

 

Sila klik disini untuk maklumat lanjut.

 

atau

 

Sila layari laman web JPA http://esilav2.jpa.gov.my bagi pendaftaran online, muat turun surat edaran, borang permohonan serta panduan dan syarat permohonan.

 

Sekian, terima kasih.

image