YBhg. Tan Sri/ Datuk/ Dato’/ Tuan/ Puan,

Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.

Sukacita dimaklumkan bahawa Ministry Of Education, Culture, Sports, Science and Technology (MEXT), Jepun menawarkan penajaan biasiswa bagi peringkat pengajian Sarjana di Jepun di bawah program Japenese Government (Monbukagakusho : MEXT) Young Leaders’ Programme (YLP) Scholarships For 2020. Tawaran Biasiswa ini adalah dalam bidang School of Government, Local Government dan Law.

Warga JANM dan Akauntan Lantikan Jabatan Akauntan Negara Malaysia (JANM) yang berkelayakan adalah dipelawa memohon kemudahan ini. Semua Akauntan lantikan (JANM) yang memohon akan disaring oleh Panel Pembangunan Sumber Manusia (PPSM) JANM, selaku Ketua Perkhidmatan. Semua permohonan yang lengkap hendaklah dibuat dalam EMPAT (4) SALINAN dan dikemukakan kepada Unit Pembangunan Kerjaya dan Kompetensi, BPPP, JANM sebelum atau pada 20 September 2019 (Jumaat). Sebarang pertanyaan boleh menghubungi pegawai seperti berikut:

               

                Puan Fauziah binti Abdullah                         Tel: 03-8882 1188 /

                              Emel: Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.

                Cik Ain Nadhirah binti Jamal Afandi           Tel: 03-8882 1030 /

                                                                                           Emel: Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.

Sila klik disiniuntuk surat edaran.

atau

Sila layari laman web JPA http://esilav2.jpa.gov.my bagi pendaftaran online, muat turun surat edaran, borang permohonan serta panduan dan syarat permohonan.

Sekian, terima kasih.

image