Assalammualaikum dan Salam Sejahtera

 

KETUA-KETUA PUSAT TANGGUNGJAWAB

 

YBhg Dato’/Tuan,

 

Dimaklumkan bahawa Bahagian Pengurusan Teknologi Maklumat (BPTM), Jabatan Akauntan Negara Malaysia Ibu Pejabat dalam peringkat mengumpul data pengguna dan peranan bagi perlaksanaan Modul MyCost untuk Sistem Pengurusan Kewangan dan Perakaunan Kerajaan Persekutuan (iGFMAS) berasaskan perakaunan akruan.

 

Sehubungan dengan itu, pihak YBhg. Datuk/Dato'/Tuan/Puan adalah dipohon untuk melengkapkan, mengumpul data pengguna serta menghantar semula softcopy UMT melalui emel ke Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya. pada atau sebelum 29 Mac 2019 (Jumaat). Sekiranya tiada maklumbalas dari pihak YBhg. Dato'/Tuan maka kami akan mendapatkan data pengguna dari peranan penyedia, peraku 1 dan peraku 2 modul AP.

 

Kerjasama dan perhatian yang diberikan bagi menjayakan pengumpulan data pengguna MyCost iGFMAS yang tepat dan betul amatlah dihargai.

 

SURAT

 

UMT

image