Ruj : ANM.PHG.600.15/2/85 (    04   )

 

Tuan/Puan,

Dimaklumkan bahawa, selaras dengan SPANM Bilangan 4 Tahun 2019 (Tatacara Pengurusan Akaun Deposit) yang berkuatkuasa 25 Jun 2019, PTJ hendaklah menyemak dan mengesahkan laporan deposit yang dijana oleh iGFMAS bagi memastikan transaksi perakaunan adalah tepat dan betul seperti berikut:

 

i.)                Transaksi perakaunan diakaunkan kepada struktur kod perakaunan yang tepat dan betul;

ii.)               Terimaan dan bayaran deposit dilakukan ke atas transaksi dan dokumen sokongan yang sah adalah selaras dengan peraturan yang berkuatkuasa; dan

iii.)             Laporan Pengurusan ke atas peruntukan, perbelanjaan, aset, liabiliti dan ekuiti yang disediakan adalah tepat dan lengkap untuk membantu proses membuat keputusan oleh Kementerian / Jabatan.

 

2.         Untuk tujuan tersebut, tuan/puan adalah dikehendaki untuk mengemukakan Sijil Pengesahan Baki Deposit Terimaan & Bayaran beserta laporan seperti berikut kepada JANM Pahang selewat-lewatnya pada 14 hari bulan dari hari pertama bekerja bulan berikutnya:

 

i.                  Sijil Pengesahan Baki Akaun Deposit Terimaan & Bayaran (Format seperti di Lampiran A1 & A3)

ii.                 Senarai Baki Pendeposit (Lampiran A4)

iii.                Laporan Liabiliti Mengikut Kod Akaun Deposit (Terperinci)

 

3.         Penghantaran Sijil Pengesahan Baki Akaun Deposit Terimaan & Bayaran adalah BERMULA  BAGI PELAPORAN BULAN JUN 2019. Sehubungan dengan itu, kerjasama pihak PTJ di dalam mematuhi arahan ini amatlah diharapkan dan kegagalan untuk mematuhi arahan ini boleh menjejaskan prestasi Naziran di PTJ tuan/puan.

 

Untuk sebarang pertanyaan lanjut, sila berhubung dengan Unit Akaun JANM Pahang di talian 09-09-591 5029 / 5026 / 5022 / 5021.

 

LAMPIRAN A1

 

LAMPIRAN A3

 

LAMPIRAN A4

 

 

Sekian terima kasih.

UNIT AKAUN

JANM PAHANG

12 JULAI 2019

 

image