Ruj : ANM.PHG.600.15/2/85 (   05    )

 

Tuan/Puan,

Dimaklumkan bahawa, selaras dengan SPANM Bilangan 3 Tahun 2019 (Tatacara Pengurusan Terimaan) yang berkuatkuasa 25 Jun 2019, PTJ hendaklah menyemak dan mengesahkan laporan terimaan yang dijana oleh iGFMAS bagi memastikan transaksi perakaunan adalah tepat dan betul seperti berikut:

i.)                  Transaksi perakaunan diakaunkan kepada struktur kod perakaunan yang tepat dan betul;

ii.)                Terimaan dilakukan ke atas transaksi dan dokumen sokongan yang sah adalah selaras dengan peraturan yang berkuatkuasa; dan

iii.)              Laporan Pengurusan ke atas peruntukan, perbelanjaan, aset, liabiliti dan ekuiti yang disediakan adalah tepat dan lengkap untuk membantu proses membuat keputusan oleh Kementerian / Jabatan.

 

2.         Untuk tujuan tersebut, tuan/puan adalah dikehendaki untuk mengemukakan Sijil Pengesahan Baki Terimaan beserta laporan seperti berikut kepada JANM Pahang selewat-lewatnya pada 14 hari bulan dari hari pertama bekerja bulan berikutnya:

a.)    Sijil Pengesahan Baki Terimaan (Format seperti di Lampiran A1 & A2)

b.)   Lampiran Ringkasan Terimaan di Buku Tunai Cerakinan yang ditandatangani dan dicop dengan Cop Jabatan  (Lampiran B)

c.)    Laporan Hasil Mengikut Kod Akaun (Ringkasan)

 

3.         Penghantaran Sijil Pengesahan Baki Akaun Terimaan adalah BERMULA  BAGI PELAPORAN BULAN JUN 2019. Sehubungan dengan itu, kerjasama pihak PTJ di dalam mematuhi arahan ini amatlah diharapkan dan kegagalan untuk mematuhi arahan ini boleh menjejaskan prestasi Naziran di PTJ tuan/puan.

 

Untuk sebarang pertanyaan lanjut, sila berhubung dengan Unit Akaun JANM Pahang di talian 09-09-591 5029 / 5026 / 5022 / 5021.

 

Sekian terima kasih.

 

LAMPIRAN A1

 

LAMPIRAN A2

 

LAMPIRAN B

 

UNIT AKAUN

JANM PAHANG

12 JULAI 2019

image