ANM.PHG.600/15/2/85 ( 06 )

 

Adalah dimaklumkan bahawa Sistem E-Resit telah dibangunkan dalam iGFMAS bertujuan untuk pengeluaran resit elektronik bagi menggantikan penggunaan Resit Kew.38 (manual) dalam situasi seperti di bawah :

i)                   Kutipan luar pejabat oleh pegawai yang telah diberi penurunan kuasa untuk membuat kutipan di mana portal iGFMAS tidak dapat dicapai / diakses ;

ii)                 Urusan terimaan wang oleh Pejabat Pemungut Manual ; dan

iii)               Lain-lain situasi selain yang dinyatakan di perkara 2.1 dan 2.2

 

Oleh yang demikian, pihak Tuan/Puan adalah dimohon untuk mengenalpasti dan melengkapkan Borang Maklumat PTJ/PT Bagi Pelaksanaan E-Resit seperti di Lampiran (sekiranya berkaitan) dan mengemukakan borang tersebut kepada JANM Pahang sebelum jam 12.00 tengah hari pada 09 Ogos 2019 melalui alamat email seperti berikut:

-            Puan Irmawati Binti Nosri : Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya. (No tel : 09-591 5005)

-            Puan Norhasliza binti Ismail : Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.  (No tel : 09-5915023)

 

Untuk makluman tuan/puan juga, PTJ/PT yang menggunakan sistem terimaan sendiri adalah tidak tertakluk kepada penggunaan system E-Resit.

Sekian, terima kasih

 

BORANG

 

 

UNIT AKAUN

JANM PAHANG

07 OGOS 2019

image