PERHATIAN KEPADA

Semua pengguna Sistem iGFMAS JANM Ibu Pejabat / Pejabat Perakaunan / Bahagian Akaun Kementerian / PTJ.

 

MAKLUMAN PENUTUPAN SERVER PRODUKSI iGFMAS (PRODUCTION SITE I-CITY SHAH ALAM)

 

Dimaklumkan bahawa terdapat aktiviti penyelenggaraan server dan peralatan rangkaian iGFMAS di Production Site  pada hari Jumaat, 05 April 2019 mulai jam 8.00 pm hingga hari Sabtu jam 11.59 pm.

 

Keseluruhan sistem iGFMAS di Production Site (Portal dan SAPGUI) tidak dapat dicapai sepanjang tempoh tersebut:

 

⏳ TARIKH / MASA MULA

05 April 2019 (Jumaat)/ 8.00 pm

 

⌛ TARIKH / MASA TAMAT

06 April 2019 (Sabtu)/ 11.59 pm

 

Sistem iGFMAS akan boleh diakses setelah kerja-kerja penyelenggaraan selesai.

 

# Kerjasama YBhg. Datuk/Dato'/Dr./Tuan/Puan dimohon untuk memanjangkan mesej ini kepada PTJ yang dijangka BEROPERASI dalam TEMPOH TERSEBUT sahaja bagi memastikan tindakan persediaan awal dapat diambil.

 

Maklumat mengenai perkara ini turut akan dimuat naik di Portal Perakaunan Akruan di ruangan pengumuman dan dibuletinkan di iGFMAS

 

Sekiranya anda memerlukan penjelasan lanjut, sila hubungi kami melalui:

 

1. Siti Russiah binti Mamat (ext : 1404)

2. Md Zainol bin Md Amin (ext : 1165)

3. Rozaini binti Othman (ext : 1798)

4. Natrah binti Othman (ext : 1203)

 

Sekian, terima kasih.

 

Daripada

Unit Pengurusan Perubahan, PPPA,

Jabatan Akauntan Negara Malaysia

PUTRAJAYA.

image