Dengan hormatnya saya merujuk kepada perkara tersebut di atas. E-mel pemakluman berkaitan penambahbaikan GPKI Agent 2.0 'Release 1.3.0.0' kepada 'Release 1.3.0.1' bertarikh 31 Mei 2019 juga berkaitan.

2.   Sepertimana YBhg. Datuk/ Dato'/ Datin/ Dr./ Tuan/ Puan sedia maklum, GPKI Agent 2.0 yang baharu iaitu GPKI Agent 2.0 'Release 1.3.0.0 - patch' untuk pengguna sedia ada dan GPKI Agent 2.0 'Release 1.3.0.1' untuk pengguna baharu telah dikeluarkan bermula pada 1 Jun 2019 yang lalu. Memandangkan Sijil Digital GPKI Agent 2.0 'Release 1.3.0.0' semasa akan tamat penggunaannya pada 2 Ogos 2019, maka dipohon kerjasama YBhg. Datuk/ Dato'/ Datin/ Dr./ Tuan/Puan yang masih belum membuat pemasangan Sijil Digital GPKI Agent 2.0 release baharu dikehendaki berbuat demikian dengan kadar SEGERA bagi mengelakkan berlakunya gangguan ke atas transaksi sistem ICT Kerajaan yang berintegrasi dengan Sistem GPKI selepas tamatnya tempoh penggunaan Sijil Digital GPKI Agent 2.0 semasa.

3.   YBhg. Datuk/ Dato'/ Datin/ Dr./ Tuan/ Puan boleh memuat turun dan memasang Sijil Digital GPKI Agent 2.0 'Release 1.3.0.0 - patch' atau GPKI Agent 2.0 'Release 1.3.0.1' dengan merujuk kepada Panduan Pengguna yang boleh dicapai melalui Portal GPKI di https://gpki.mampu.gov.my/gpki_portal/user_application/download_agent/view.

4.   Untuk sebarang pertanyaan lanjut, YBhg. Datuk/ Dato'/ Datin/ Dr./ Tuan/ Puan boleh menghubungi Meja Bantuan GPKI MAMPU melalui Portal GPKI di https://gpki.mampu.gov.my/gpki_portal/complaint/view.

Sekian, terima kasih

image