Assalammualaikum dan Selamat Sejahtera,

 


Tuan/Puan,

Dengan ini dimaklumkan bahawa BPTM Authorization, JANM Ibu Pejabat telah melaksanakan satu penambahbaikan pada Portal iGFMAS iaitu Laporan Capaian Pengguna dan Had Kuasa. Penambahbaikan ini dapat memudahkan pengguna mendapatkan maklumat terkini senarai peranan yang telah diberikan semasa permohonan Baharu/Kemaskini.
 
Namun begitu, berikut merupakan checking yang akan dilakukan oleh program laporan capaian pengguna:
 
  • ​Pengguna hanya dapat memaparkan Laporan pengguna bagi pengguna lain yang mempunyai kod PTJ SAMA sahaja.
  • Pengguna yang ID dikunci tidak akan dapat memaparkan senarai peranan.
  • Pengguna yang terdapat dalam usergroup Z* tidak akan dapat memaparkan senarai peranan.
 
Pengguna perlu menyemak dan mengesahkan Laporan Capaian Pengguna dan Had Kuasa Pusat Tanggungjawab / Pejabat Perakaunan SECARA SENDIRI di portal iGFMAS selepas pengemaskini atau wujud baharu peranan dan ID pengguna. Peranan baharu boleh disemak dari tarikh mula capaian diberi iaitu dari laporan dijana.
 
Laporan boleh dimuat turun menerusi Tab Laporan > Laporan Capaian Pengguna dan Had Kuasa pada portal iGFMAS dalam bentuk PDF dan ALV. 
 
Unit Teknikal / LA
JANM Perlis
image