Assalamualaikum wbt dan Salam Sejahtera;

KAUNTER SEMAKAN WANG TAK DITUNTUT SEMPENA PROGRAM ROADSHOW MOF ZON UTARA 6 & 7 OGOS 2019 BERTEMPAT DI JABATAN AUDIT NEGARA PULAU PINANG 

Y.Bhg Dato'/Datin/Tuan/Puan;

Perkara di atas adalah dirujuk.

2. Terlebih dahulu pihak kami ingin merakamkan penghargaan kepada pihak penganjur iaitu Kementerian Kewangan Malaysia serta Jabatan Audit Negara (JAN) Pulau Pinang di atas kesudian membenarkan kaunter seumpama ini dibuka di premis JAN.

3. Seterusnya pihak Jabatan Akauntan Negara Malaysia (JANM) Negeri P.Pinang ingin memohon maaf di atas segala kesulitan dan kesesakan luar jangka yang berlaku sepanjang tempoh dua (2) hari kaunter semakan ini dibuka di Jabatan Audit Negara Pulau Pinang.

4. Segala kesesakan serta salah faham yang berlaku adalah di luar jangkaan. Pihak Jabatan Audit Negara hanya sebagai pihak yang menyediakan fasiliti ruang dan bukan sebagai pihak yang bertanggungjawab untuk urusan sepanjang tempoh kaunter berlangsung.

5. Pihak kami mengambil maklum perkara ini dan akan berusaha memperbaiki perkhidmatan penyampaian kepada semua pelanggan.

 

Sekian, terima kasih

 

Saya yang menjalankan amanah,

 

b.p Pengarah Negeri

Jabatan Akauntan Negara Malaysia Negeri Pulau Pinang.
07.08.2019 

image