Dengan segala hormatnya merujuk kepada emel PTPTN pada hari ini berhubung dengan perkara di atas.

 

2.    Berdasarkan kepada arahan terbaharu pihak kerajaan mengenai penangguhan PTPTN bagi tempoh 6 bulan, berikut seperti di lampiran adalah hebahan yang telah dibuat oleh pihak PTPTN. Dimaklumkan bahawa penangguhan Potongan Gaji penjawat awam bagi PTPTN akan bermula pada April 2020 sehingga September 2020. Walaubagaimanapun sekiranya peminjam PTPTN ingin meneruskan bayaran balik sepanjang tempoh penangguhan, kaedah pembayaran adalah seperti pada perenggan 4 dan 5 seperti di lampiran.

 

3.    Sehubungan itu, mohon kerjasama Pejabat Perakaunan  untuk membuat hebahan ini kepada semua PTJ masing-masing agar hebahan dapat dibuat dengan lebih menyeluruh. Pihak PTPTN juga telah membuat hebahan ini kepada peminjam melalui emel blast kepada emel individu pada 24 Mac 2020.

 

4. Pemakluman oleh agensi potongan lain yang terlibat akan diberikan dari semasa ke semasa setelah mendapat makluman rasmi daripada agensi potongan berkenaan.

 

PELAKSANAAN PENANGGUHAN BAYARAN BALIK

 

image