Untuk makluman PTJ/ Pusat Terimaan, JANM telah membuat penambahbaikan bagi proses Baucar Jurnal Pelarasan Modul Terimaan (Deposit) dokumen jenis DV. Penambahbaikan ini melibatkan penyediaan Baucar Jurnal Pelarasan (DV) yang boleh disediakan oleh PTJ/ Pusat Terimaan di portal iGFMAS di bawah modul Terimaan. Penambahbaikan melibatkan perkara berikut:

a) Pelarasan Hasil ke Akaun Deposit - melaraskan kod Hasil/ kod GL yang telah salah diperakaunkan di Resit Biasa tanpa Invois (Resit asal) kepada kod Deposit bersubsidiari Pelanggan yang sebenar.

b) Pelarasan Antara Deposit Recon AR dan Recon AP – melaraskan kod Deposit bersubsidiari Pelanggan/ Pembekal yang telah salah diperakaunkan di Resit Deposit (Resit asal) kepada kod Deposit bersubsidiari Pelanggan/ Pembekal yang sebenar.

Sehubungan dengan itu, dengan pengemaskinian ini pelarasan akan dibuat secara auto ke dalam table terimaan dan pembayaran deposit boleh dibuat tanpa perlu solman. Untuk makluman program ini boleh digunakan serta merta mulai 3 Julai 2020. Bersama-sama ini disertakan Modul Pengguna AR- Proses Baucer Jurnal Pelarasan Modul Terimaan untuk rujukan PTJ/ Pusat Terimaan. Untuk sebarang pertanyaan sila hubungi Unit Akaun di talian 04-7001000 ext 118/ 114/ 192/ 187.

Klik pada pautan di bawah untuk muat turun.

Manual Pengguna

custom_html