Salam sejahtera;

Merujuk kepada Perutusan YAB Perdana Menteri Malaysia dan Kenyataan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) yang menggesa agar semua perhimpunan yang melibatkan orang ramai (mass gathering) DITANGGUHKAN bagi mencegah kemungkinan penularan COVID-19 berlaku.


Antara program / aktiviti JANM yang terlibat adalah seperti di bawah:

a) Perhimpunan, kursus, taklimat dan mesyuarat. Hanya taklimat dan mesyuarat yang benar-benar MUSTAHAK boleh diteruskan dengan syarat ianya diadakan dalam
    premis sendiri dan dihadiri oleh peserta dalaman sahaja serta melaksanakan langkah keselamatan dan kesihatan yang ketat

b) Tugasan Lapangan bagi Naziran PTJ dan Pemeriksaan WTD ke Entiti bagi mengelakkan risiko jangkitan terhadap petugas-petugas


c) Kaunter Perkhidmatan WTD dihentikan sementara dan orang ramai diminta untuk menggunakan perkhidmatan semakan secara online dan mengemukakan tuntutan
     bayaran balik WTD secara pos

 

Dilampirkan bersama ini Arahan Keselamatan & Kesihatan daripada Jawatankuasa Keselamatan Dan Pekerjaan, JANM untuk rujukan dan makluman.

Sekian, terima kasih.

 

Surat Arahan Keselamatan & Kesihatan

image