Tuan/puan;
Dengan segala hormatnya saya merujuk kepada perkara di atas.
Adalah dimaklumkan perihal bagi Arahan Pembayaran untuk Perolehan Darurat dibawah Arahan Perbendaharaan (AP)55/ AP173.2 diseragamkan berkuatkuasa serta-merta.
PTJ dikehendaki untuk membuat catatan nombor/rujukan dan tarikh invois dikeluarkan dan diikuti oleh perkataan darurat selepas catatan maklumat invois diikuti dengan perihal perolehan tersebut seperti contoh berikut:
Bayaran invois INV123 bertarikh 30 April 2020 bagi perolehan darurat pembekalan peralatan Personal Protective Equipment (PPE). Catatan yang perlu dibuat di medan perihal arahan pembayaran adalah seperti berikut:
Perihal : INV123/30042020 DARURAT: Perolehan PPE
Maklumat invois adalah seperti font merah di atas. Perkataan DARURAT wajib ditulis selepas maklumat invois pembekal memandangkan terdapat had pada aksara perihal arahan pembayaran.
Kerjasama dan perhatian tuan/puan amat kami hargai.
Sekian, terima kasih.
Pengarah
JANM Cawangan Keningau